Permintaan tinggi punca sistem mykasih tergendala

Permintaan tinggi punca sistem MyKasih tergendala

KAUNTER pembayaran di sebuah pasar raya di Tanjong Tokong, Pulau Pinang sesak apabila orang ramai mula berbelanja selepas menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 yang mula disalurkan mulai semalam. – UTUSAN/SAFINA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sistem terminal MyKasih mengalami kelewatan pemprosesan transaksi semalam disebabkan berlaku lonjakan tinggi jumlah pembelian pada hari pertama penyaluran Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan bersama MyKasih, sehubungan itu kedua-dua pihak terlibat memohon maaf atas kesulitan yang dialami pengguna yang mahu membeli barang menggunakan sistem tersebut.

“Pembelian masih boleh dilakukan, namun sebahagian premis runcit mungkin menghadapi kesukaran untuk memproses transaksi akibat permintaan sistem yang terlalu tinggi,” kata kenyataan itu.

Pasukan teknikal MyKasih sedang giat berusaha menyelesaikan isu berkenaan dan menjangkakan sistem akan kembali beroperasi seperti biasa dalam masa terdekat.

Pada 23 Julai lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian RM100 secara sekali beri kepada setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas melalui MyKad di bawah program SARA sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025 semalam.

Terdahulu di Pontian: Orang ramai yang mahu menuntut SARA sebanyak RM100 kecewa apabila sistem pembayaran bantuan tergendala bermula pukul 11 pagi.

Tinjauan di beberapa buah pasar raya di sini mendapati petugas memberitahu pelanggan sistem tersebut telah tergendala untuk tuntutan.

Seorang petugas memberitahu, pasar raya tempatnya bertugas hanya sempat memproses tuntutan 50 orang pelanggan selepas pasar raya itu beroperasi pukul 7.30 pagi.

“Kami pun tidak tahu bila sistem akan kembali pulih ramai juga yang datang tetapi balik kerana sistem belum pulih,’ ujarnya.

Sementara itu sebuah pasar raya besar di Jalan Parit Masjid telah menampal pemberitahuan gangguan tuntutan SARA di hadapan pintu premis apabila sistem pembayarannya tergendala. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN