Permintaan terhadap graduan TVET meningkat pesat

Permintaan terhadap graduan TVET meningkat pesat

NOOR Azman Nordin (dua, kiri) bersama Muhammad Daniel Hakimi Hairulnizal (tiga dari kiri) dari Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan sebagai graduan terbaik sempena Majlis Konvensyen Ke-9 Politeknik METrO Johor Bahru di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Permintaan terhadap graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) meningkat pesat terutama dalam bidang pembuatan, logistik, automasi, dan tenaga boleh baharu.

Pengarah QL Maxincome Sdn. Bhd., Datuk Noor Azman Nordin berkata, pendidikan TVET semakin penting kerana menjadi teras kepada pembangunan ekonomi negara, malah kini diiktiraf sebagai laluan utama melahirkan tenaga kerja mahir dan berdaya saing.

Sehubungan itu kata beliau, graduan perlu bersedia menjadi “pencipta solusi” dan bukan sekadar pencari kerja kerana industri menuntut tenaga kerja yang mampu menawarkan idea kreatif, berinovasi serta adaptif terhadap perubahan teknologi.

“Statistik semasa jelas menunjukkan permintaan graduan TVET meningkat pesat, terutama dalam bidang pembuatan, logistik, automasi, tenaga boleh baharu dan teknologi maklumat,” katanya dalam ucapan di Majlis Konvokesyen Ke-9 Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), di sini.

Seramai 180 graduan menerima diploma masing-masing yang disampaikan oleh Noor Azman.

Beliau turut menekankan kepentingan integrasi teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI) dalam sistem TVET yang bakal membuka peluang baharu, mempercepat latihan kemahiran serta mempersiapkan pelajar menghadapi keperluan pasaran kerja masa depan.

Noor Azman turut menegaskan bahawa pembelajaran sepanjang hayat adalah satu keperluan mutlak bagi memastikan graduan kekal relevan dalam dunia pekerjaan yang semakin menekankan kemahiran digital, komunikasi pelbagai budaya dan kelestarian.

Pada majlis itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada pihak pengurusan PMJB yang konsisten menjadikan institusi berkenaan sebagai peneraju pendidikan TVET sekali gus melahirkan modal insan berkemahiran tinggi yang diperlukan industri.

Katanya, konvokesyen bukan hanya simbol berakhirnya pengajian, sebaliknya adalah permulaan perjalanan baharu yang penuh cabaran khususnya dalam era Revolusi Industri 4.0 dan 5.0 yang menekankan nilai kemanusiaan dan kelestarian.

Sementara itu, Muhammad Daniel Hakimi Hairulnizal dari Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan menerima Anugerah Pengarah sebagai graduan terbaik.

Turut hadir pada majlis tersebut Pengarah PMJB, Dr. Supa’at [email protected]UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×