Pengurus pasar raya maut ketika ke tempat kerja

Pengurus pasar raya maut ketika ke tempat kerja

KEADAAN kereta Toyota Vios yang dipandu seorang wanita dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di persimpangan Rawatan Air SAJ Semangar, di sini, pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di persimpangan Rawatan Air SAJ Semangar, di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 7.09 pagi itu melibatkan sebuah kereta Toyota Vios dipandu seorang wanita dengan sebuah Perodua Bezza yang dipandu seorang lelaki.

Mangsa dikenali sebagai Mohd. Fakhrurazi Muda, 37, merupakan pengurus kawasan sebuah pasar raya yang dikatakan dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya ketika kejadian berlaku, manakala seorang lagi, Intan Yuliana Sahir, 47.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Shahrulnizam Johari berkata sebuah jentera bersama enam anggota dihantar ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan itu.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas dan mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans.

“Kedua-dua mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 9.04 pagi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN