TEMERLOH: Pengeluaran madu lebah tualang yang menjadi khazanah hutan simpan di negeri ini mencatatkan kemerosotan ketara apabila hanya 300 kilogram (kg) direkodkan sehingga September tahun ini, berbanding 2,500kg bagi tempoh sama tahun lalu. Pengumpul madu, Saudi Sidek, 64, berkata, penurunan hampir 90 peratus itu berpunca daripada pengecilan kawasan hutan yang semakin menekan habitat lebah, selain pembakaran terbuka yang mengganggu ekosistem bunga hutan seperti durian dan petai yang menjadi sumber makanan…










