PDRM beri penekanan sains forensik perkasa siasatan

PDRM beri penekanan sains forensik perkasa siasatan

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail bersama pemberita selepas menyempurnakan gimik penutupan pada Majlis Penutup 6th National Forensic Science Symposium For Law Enforcement (NAFSLE) 2025 di Maktab PDRM KL di sini, hari ini. -UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sains forensik perlu digabungkan dengan teknologi maklumat terkini sebagai usaha memperkukuhkan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan proses perundangan berjalan lebih teratur.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, kerjasama antara agensi keselamatan, badan kehakiman dan pakar forensik penting untuk membolehkan kes-kes dibuktikan di mahkamah secara lebih berkesan.

Menurut beliau, pemahaman hakim dan pihak kehakiman terhadap penggunaan sains forensik juga perlu dipertingkatkan supaya pendapat pakar selari dengan bentuk jenayah yang semakin kompleks.

“Gabungan di antara agensi-agensi serta badan berkaitan akan memperkemaskan siasatan PDRM terutama dalam membuktikan kes di mahkamah.

“Kefahaman itu perlu ada bagi mewujudkan keselarasan dan memudahkan proses perundangan berjalan dengan baik, berasaskan teknologi terkini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Simposium Sains Forensik Kebangsaan Untuk Penguatkuasaan Undang-Undang (NAFSLE) edisi ke-6 di Maktab PDRM, Cheras, hari ini

Mohd. Khalid berkata, perkembangan pesat teknologi menuntut PDRM untuk sentiasa menggunakan pendekatan forensik bagi merungkai pelbagai bentuk jenayah.

“Isu terkini dengan kemajuan teknologi hari ini, banyak perkara perlu dirungkai dengan teknologi. Jadi kombinasi antara teknologi, pengalaman dan kefahaman agensi berkaitan amat penting bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan,” katanya

Tambah beliau, integrasi teknologi maklumat dengan sains forensik adalah keperluan berterusan bagi memastikan siasatan dan perbicaraan kes jenayah berjalan dengan sempurna.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×