PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) berteknologi tinggi di pusat tahanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan lokap Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di seluruh negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan itu merupakan inisiatif strategik kerajaan selaras dengan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS). “Ia bagi memenuhi keperluan semasa agensi penguatkuasaan menghadapi cabaran keselamatan serta memperkukuh pemantauan terhadap kawasan tahanan,” katanya…