Op Sky: 20 pegawai bank akan didakwa

Op Sky: 20 pegawai bank akan didakwa

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 20 pegawai bank akan didakwa pada akhir September atau awal Oktober ini kerana disyaki meluluskan RM700 juta pinjaman kepada penjawat awam.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua mereka akan dituduh di mahkamah mengikut Akta SPRM.

Katanya, pihaknya juga mendapat persetujuan untuk recovery (pemulihan) semula wang tunai RM250 juta di mana ia sedang dijalankan.

“Sekiranya pemulihan gagal dicapai, pihak akan dituduh di mahkamah kerana tidak bersetuju membuat recovery (pemulihan) wang itu mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 atau Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Sebelum ini, SPRM telah merampas sebanyak 4,000 dokumen bagi membantu siasatan selepas RM700 juta pinjaman diluluskan kepada penjawat awam membabitkan kegiatan sindiket rasuah dan pengubahan wang haram dalam kalangan pegawai bank dan organisasi perunding kewangan.

Ia susulan kejayaan SPRM menumpaskan sindiket kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan dan institusi kewangan di sekitar Lembah Klang.

Azam dilaporkan berkata, pinjaman yang diluluskan itu membabitkan pelbagai bank sejak syarikat berkenaan beroperasi tahun 2020.
Menurutnya, sindiket dipercayai menawarkan khidmat bantuan perunding kewangan kepada kakitangan awam melalui platform media sosial dan jelajah ke jabatan serta kementerian.

Terdahulu, SPRM menumpaskan sindiket kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan dan institusi kewangan susulan penahanan 12 individu di sekitar Lembah Klang.

Kesemua suspek termasuk dua wanita berusia antara 20 hingga 40-an itu ditahan dalam serbuan Op Sky di 24 lokasi termasuk rumah dan pejabat di sekitar Lembah Klang pada 13 Januari lalu.

Mereka yang ditahan termasuk dua pengarah syarikat perunding kewangan, masing-masing seorang pengarah yayasan, pengurus dan bekas pengurus jualan institusi perbankan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN