PETALING JAYA: Penyelesaian sebenar terhadap isu beras putih tempatan hanya dapat dicapai sekiranya pendapatan pesawah dipertingkatkan agar mereka mampu menumpukan sepenuh perhatian kepada penanaman. Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, cara paling berkesan adalah menjadikan penanaman padi sebagai satu bidang yang menguntungkan dengan mempertimbangkan pemberian subsidi secara terus kepada pesawah berbanding pengilang beras. Katanya, walaupun kerajaan sering membincangkan sasaran meningkatkan tahap sara diri…