Jangan benarkan aktiviti songsang berleluasa

Jangan benarkan aktiviti songsang berleluasa

Prof Madya Datuk Dr Luqman Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyokong pendekatan nasihat serta pemulihan berteraskan ajaran agama Islam kepada individu yang terlibat dalam aktiviti songsang dapat kembali ke fitrah mereka sebenar.

Yang Dipertuanya, Prof Madya Datuk Dr Luqman Abdullah berkata, PUM menyatakan sokongan penuh terhadap tegas Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menolak sebarang penganjuran program melibatkan atau mempromosikan agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Kata beliau, sebarang usaha menormalisasikan budaya LGBT adalah jelas bercanggah dengan ajaran Islam, bertentangan dengan nilai moral dan budaya masyarakat Malaysia serta tidak selari dengan kerangka undang-undang sedia ada.

Oleh itu, katanya, PUM menyeru semua pihak agar tidak membenarkan atau menyokong sebarang aktiviti yang boleh membawa kepada normalisasi gaya hidup songsang ini, khususnya dalam kalangan masyarakat Islam.

“Dalam masa yang sama, PUM menyokong pendekatan nasihat dan pemulihan berteraskan ajaran Islam kepada individu yang terlibat agar mereka dapat kembali kepada fitrah yang sebenar.

“PUM akan terus komited bekerjasama dengan institusi agama dan pihak berkuasa bagi memelihara kesucian agama Islam serta keharmonian masyarakat di negara ini,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, tular poster mengenai penganjuran program perkhemahan ‘Glamping with Pride’ kerana mempromosikan aktiviti hubungan sejenis dan LGBT.

Menerusi poster berkenaan, aktiviti anjuran ‘jejaka.org’ itu dikatakan akan berlangsung pada 17 hingga 18 Januari ini di sebuah tempat rekreasi di Hulu Langat.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Selangor menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap penganjuran program yang akan diadakan pada minggu depan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri, Mohd. Najwan Halimi berkata, pihaknya tidak berkompromi dengan sebarang cubaan menyebar dan mempromosikan budaya LGBT di negeri itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN