PETALING JAYA: Seramai 20 pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan dikenakan tindakan selepas didapati terlibat dalam aktiviti tidak bermoral iaitu budaya ‘yeye’ yang tular di media sosial baru-baru ini. Panglima Tentera Udara, Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai yang terlibat tanpa kompromi. Beliau menegaskan TUDM memandang serius sebarang pelanggaran terhadap perintah, arahan dan peraturan ditetapkan. “Siasatan awal mendapati 20 pegawai TUDM terbabit secara…











