MCMC rakam keterangan tiga individu sebar hantaran palsu berunsur 3R

MCMC rakam keterangan tiga individu sebar hantaran palsu berunsur 3R

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan tiga individu berhubung hantaran palsu berunsur perkauman di laman Facebook dan TikTok berkaitan insiden seorang wanita menaiki pentas utama ketika sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Perak, baru-baru ini.

Hantaran itu mendakwa kononnya tindakan tersebut dilakukan oleh seorang wanita berbangsa Cina, sedangkan dakwaan itu tidak benar dan berpotensi mencetuskan ketegangan kaum serta persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

Menurut MCMC, rakaman keterangan terhadap tiga individu terbabit dijalankan di Balai Polis Kuala Nerang, Kedah; Balai Polis Beserah, Kuantan serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, Pulau Pinang pada Rabu lalu.

“Sebanyak tiga unit telefon bimbit, tiga keping kad SIM dan satu kad memori turut disita bagi tujuan analisis forensik digital,” kata kenyataan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar sentiasa mengesahkan kesahihan sesuatu maklumat sebelum membuat atau menyebarkan sebarang kandungan di media sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN