PETALING JAYA: Kerajaan dicadang memansuhkan subsidi gula bernilai RM500 juta setahun dan menyalurkan sebahagian daripadanya bagi menaikkan kadar Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) pegawai perubatan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM). Ketua Pegawai Eksekutif Galen Centre for Health and Social Policy, Azrul Mohd. Khalib berkata, sekurang-kurangnya RM80 juta perlu diperuntukkan dalam Belanjawan 2026 bagi melaksanakan kenaikan elaun yang sudah lama tertangguh. Katanya, kadar ETAP sedia ada iaitu RM220 untuk pegawai perubatan…