PETALING JAYA: Malaysia mendoakan keselamatan sukarelawan negara yang menyertai pelayaran flotila antarabangsa menuju ke Gaza dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, delegasi Malaysia bersama aktivis dari 44 negara lain menyertai misi tersebut dengan tujuan utama menghantar bantuan kemanusiaan dan menuntut agar sekatan kejam terhadap Gaza segera dihentikan. “Merekalah pejuang berani yang berangkat dengan satu tujuan mulia iaitu menyampaikan bantuan…