Lelaki maut dirempuh kereta dipandu remaja 17 tahun

Lelaki maut dirempuh kereta dipandu remaja 17 tahun

SEORANG lelaki maut selepas kereta dipandu dirempuh sebuah kereta dinaiki lima remaja yang ke semuanya berusia 17 tahun yang terbabas di Kilometer 165 Jalan Johor Bahru-Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu dirempuh sebuah kereta dinaiki lima remaja yang ke semuanya berusia 17 tahun yang terbabas di Kilometer 165 Jalan Johor Bahru-Seremban di sini semalam.

Mangsa maut dikenalpasti sebagai Zabidey Tukinam, 44.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, kemalangan tersebut berlaku pada pukul 4.30 petang melibatkan kereta jenis Toyota Camry dipandu remaja berkenaan dan Proton Wira dipandu mangsa maut.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Camry tersebut datang dari arah Segamat menghala ke arah Yong Peng telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan.

“Toyota Camry tersebut kemudian melanggar bahagian hadapan kanan Proton Wira tersebut dipandu lelaki berusia 44 tahun dari arah Chaah menghala ke Segamat.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Toyota Camry cedera ringan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, empat lagi mangsa yang berusia 17 tahun menaiki Toyota Camry itu turut cedera dan semuanya dihantar ke Hospital Segamat untuk rawatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN