Lebih 600 kes lemas direkod setiap tahun

Lebih 600 kes lemas direkod setiap tahun

KONTINJEN Sarawak bergambar bersama Tengku Mahkota Pahang selepas acara penyampaian hadiah Kejohanan Cabaran Penyelamat Pantai (CDLC) 2025 di Teluk Cempedak di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kehadiran penyelamat pantai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kini menjadi keperluan mendesak berikutan lebih 600 kes lemas direkodkan setiap tahun di seluruh negara.

Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim  Mohamed berkata, Malaysia mempunyai garis pantai sepanjang 4,800 kilometer yang indah tetapi penuh risiko.

“Sejak 2009, APM menangani lebih 12,000 kes kecemasan pantai seluruh negara. Justeru, keberadaan penyelamat pantai APM dianggap semakin mendesak bagi melindungi nyawa rakyat serta meningkatkan keselamatan pelancong.

“Selain memperkukuh imej negara, penyelamat pantai juga menjadi benteng utama dalam memastikan kawasan peranginan pantai berada dalam keadaan terkawal dan selamat,” katanya pada Majlis Penutupan Kejohanan Cabaran Penyelamat Pantai (CDLC) 2025 di Teluk Cempedak, di sini hari ini.

Perasmian penutup program itu disempurnakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN