Krisis politik gugat proses damai Selatan Thai

Krisis politik gugat proses damai Selatan Thai

ABU HAFEZ AL-HAKIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT, THAILAND: Kri­sis politik yang melan­da Thailand ketika ini boleh menggugat proses rundi­ngan damai di wilayah selatan negara itu, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa konflik yang berlarutan lebih dua dekad berpanjangan tanpa penyelesaian.

Pegawai Kanan Barisan Islam Pembebasan Patani (BIPP), Abu Hafez Al-Hakim berkata, proses damai sepatutnya dijadikan agenda nasional Thailand, bukannya ha­nya bergantung kepada keutamaan mana-mana kerajaan yang memerintah negara ini.

Katanya, jika perkara itu dijadikan sebagai agenda kerajaan dan proses itu akan gagal apabila pentadbiran bertukar ganti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seperti yang berlaku sekarang ini. Sekali lagi keadaan tidak menentu menyelubungi politik Thailand. Berubah secara mendadak selepas Mahkamah Perlembagaan memecat Paetongtarn Shinawatra sebagai Perdana Menteri.

“Keadaan politik Thailand yang tidak menentu ini sekali gus menjejaskan lagi usaha mewujudkan perdamaian atau proses rundingan damai Selatan Thai,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Abu Hafeez berkata, keutamaan ketika ini ialah kestabilan politik Thailand itu sendiri dan berkemungkinan besar kerajaan yang terbentuk beberapa hari lagi bersifat sementara.

Katanya, ini kerana pilihan raya umum perlu diadakan akhir tahun atau awal tahun depan.

“Sejak Paetongtarn men­jadi Perdana Menteri, tidak ada perkembangan mengenai proses rundingan damai. Malah, Kerajaan Thailand tidak me­lantik pun pasukan mereka untuk proses itu” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini