Djokovic sokong Sinner tamatkan musim lebih awal

Djokovic sokong Sinner tamatkan musim lebih awal

Jannik Sinner - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Shanghai: Novak Djokovic menyokong keputusan Jannik Sinner menamatkan musim 2026 lebih awal bagi memberi keutamaan kepada pemulihan kecederaan lutut, sambil menegaskan kesihatan jangka panjang lebih penting daripada kembali beraksi secara terburu-buru.

Pemain No.1 dunia itu belum beraksi sejak menewaskan Alexander Zverev pada final Wimbledon, 12 Julai lalu, sekali gus terlepas saingan gelanggang keras Amerika Utara, Terbuka Amerika Syarikat (AS) dan siri kejohanan Asia yang sedang berlangsung.

Sinner, 25, turut mengesahkan tidak akan beraksi dalam saingan gelanggang tertutup Eropah serta ATP Finals di Turin, Itali, yang dimenanginya dalam dua edisi terakhir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keputusan itu membuka peluang kepada Zverev untuk menamatkan musim di kedudukan teratas ranking dunia, namun Djokovic menyifatkan tindakan Sinner mengutamakan pemulihan sebagai langkah bijak demi memastikan kariernya dapat bertahan lebih lama.

“Dia perlu memikirkan masa depan jangka panjang. Saya benar-benar menyokong pemikiran dan pendekatan seperti itu kerana penting untuk memberi diri sendiri lebih banyak tahun dalam karier agar berpeluang mencapai semua matlamat,” kata Djokovic di Shanghai, semalam.

Pemain Serbia berusia 39 tahun itu turut mengakui proses kembali ke gelanggang selepas kecederaan bukan sekadar bergantung kepada tahap kecergasan fizikal, sebaliknya turut menuntut keyakinan mental bahawa seseorang pemain sudah benar-benar pulih.

Berdasarkan pengalamannya menjalani tempoh panjang tanpa beraksi selepas pembedahan siku pada 2018, Djokovic berkata keraguan mengenai tahap pemulihan boleh menjadi cabaran ketika kembali bertanding. 

Juara Terbuka China itu akan memulakan kempen Masters Shanghai menentang Hubert Hurkacz, esok, selepas merangkul gelaran di Beijing, Selasa lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini