Kertas siasatan kekecohan Kampung Sungai Baru dirujuk Timbalan Pendakwa

Kertas siasatan kekecohan Kampung Sungai Baru dirujuk Timbalan Pendakwa Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung insiden kekecohan dan mencederakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi di Kampung Sungai Baru baru-baru ini dan ia telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, kertas siasatan itu bagaimanapun telah dikembalikan semula dengan beberapa arahan lanjut.

Katanya, kertas siasatan itu kemudian dirujuk semula pada hari ini dengan cadangan pertuduhan bagi semua individu yang ditahan.

“Seramai lapan lelaki tempatan telah ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis setelah tamat tempoh reman.

“Setakat ini seramai 67 individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Kata Mohamed Usuf, seramai 52 saksi terdiri polis termasuk Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

“Selain tiga pegawai mahkamah dan masing-masing dua anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL), peguam, wakil penduduk dan pengarah syarikat (seorang) serta empat orang awam,” jelasnya.

Pada 11 September lalu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera di kepala semasa melaksanakan pemantauan operasi pengosongan bangunan di Kampung Sungai Baru di sini. 

Sebelum ini, isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru mencetuskan kekecohan ketika proses pengosongan minggu lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×