TAWAU- Kerajaan akan memperkukuh langkah keselamatan siber bagi memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bebas daripada ancaman penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan jenayah siber. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pertemuan dengan beberapa penyedia platform media sosial termasuk TikTok telah diadakan bagi memperkemas aspek moderator tempatan, yang berperanan mengenal pasti kandungan tidak dibenarkan selaras garis panduan komuniti. “Moderator memainkan peranan yang penting untuk mengenalpasti bahan-bahan yang tidak dibenarkan, berdasarkan…