Kegagalan pemimpin punca hak Melayu terhakis – Anwar

Kegagalan pemimpin punca hak Melayu terhakis – Anwar

ANWAR Ibrahim ketika berucap di Acara Rapat Umum 27 Tahun Reformasi di Pejabat Majlis Pimpinan Negeri PKR Melaka, Lorong Pandan, Melaka hari ini. UTUSAN/AMRAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kehilangan tanah serta hak orang Melayu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menanam kebencian terhadap kaum lain.

Sebaliknya ia berpunca daripada kelemahan sebahagian pemimpin sendiri yang gagal menjaga amanah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan menyalahkan bangsa lain kononnya menjadi punca hak Melayu semakin terhakis hanya akan merosakkan perpaduan dan menjejaskan kestabilan negara.

“Dalam agama kita tidak diajar untuk membenci orang, Melayu yang miskin, tanah Melayu yang tergadai, kuasa Melayu yang terhakis, banyak salahnya pada pemimpin Melayu sendiri.

“Cari pemimpin Melayu yang amanah, kuat bekerja, cari juga pemimpin Cina yang bersih dan rajin bekerja,” katanya ketika berucap merasmikan Acara Rapat Umum 27 Tahun Reformasi di Pejabat Majlis Pimpinan Negeri PKR Melaka, Lorong Pandan, di sini hari ini.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, kerajaan Madani tidak akan membiarkan isu kaum dijadikan modal politik murahan kerana yang lebih penting ialah perpaduan serta kestabilan negara.

Beliau secara berseloroh turut menyindir fahaman sesetengah pihak yang sering mengaitkan semua masalah dengan parti tertentu seperti DAP.

“Ekonomi rosak, salah DAP, kemalangan motor pun DAP, datang lewat ke program pun DAP, itu semua alasan.

“Politik kebencian hanya akan menghancurkan negara, yang rugi nanti rakyat bawahan, bukan orang atas,” katanya.

Tegas Perdana Menteri, hanya semangat kebersamaan mampu mengekalkan keharmonian, selain menjadi asas penting untuk melonjakkan ekonomi negara di peringkat serantau dan global. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN