PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas diserang dan digigit anjing ketika bermain di jalan berhampiran kawasan tempat tinggalnya di Batu 9, Cheras dekat sini semalam. Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang juruteknik berusia 20 tahun kira-kira pukul 11.41 malam tadi berhubung kejadian itu. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, laporan itu dibuat oleh abang kanak-kanak berkenaan yang memaklumkan adiknya berusia…