KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah mengiktiraf 93 badan pensijilan halal luar negara di 48 negara sehingga Ogos tahun ini. Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, jumlah itu mencatatkan peningkatan sebanyak 33 badan baharu berbanding sebelum ini. Katanya, kini lebih 10 organisasi dari Russia, China dan negara-negara Balkan sedang menunggu untuk diaudit dalam mendapat pengiktirafan halal dari Malaysia. “Pencapaian ini mencerminkan usaha berterusan Malaysia dalam membina…