GUA MUSANG: Golongan ibu bapa Orang Asli dari suku Temiar di Pos Tohoi semakin melupakan tragedi kehilangan tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi 10 tahun lalu apabila kembali menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Penghulu Pos Tohoi, Zainal Chali berkata, tragedi hitam itu menyebabkan sebahagian besar ibu bapa hilang kepercayaan terhadap guru dan memboikot sekolah berkenaan. “Alhamdulillah, selepas 10 tahun, penduduk semakin melupakan tragedi itu. Sekolah kini menerima murid seperti biasa…