SEREMBAN: Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) di sini menjadi hospital kedua di negara ini yang melaksanakan program Menu Rahmah@Hospital. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, sebagai hospital rujukan utama di Negeri Sembilan, program itu mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada pesakit, malah juga pengunjung serta warga kerja hospital. Menurut beliau, ia sesuai dengan hasrat kerajaan menerusi program itu untuk memastikan akses…