SERDANG: Umat Islam di negara ini perlu menghentikan segala sentimen yang boleh mencetuskan perbalahan sehingga memecahbelahkan masyarakat atas nama agama. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, tindakan seperti itu sebaliknya hanya menjejaskan keharmonian dan menggugat kestabilan negara secara keseluruhan. Beliau juga menyeru masyarakat Islam menjauhi peperangan di media sosial dan mengapi-apikan berita fitnah sehingga memecah belahkan keluarga dan masyarakat. Katanya, ia sejajar…