‘Geng Bersatu nak kembali pangkal jalan, boleh download borang UMNO’

‘Geng Bersatu nak kembali pangkal jalan, boleh download borang UMNO’

Shaikh Hussein Mydin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli-ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dialukan untuk kembali menyertai UMNO ekoran tindakan Pas yang seolah-olah membiarkan mereka sejak kebelakangan ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Ir. Dr. Shaik Hussein Mydin berkata, mereka tidak perlu malu atau segan jika mahu berbuat demikian.

“Untuk geng-geng Bersatu dan lain-lain yang nak kembali ke pangkal dan berniat nak kuatkan parti, bolehlah download (muat turun) borang UMNO.

“Jangan malu, jangan segan. Kalau ada orang kata apa-apa, cakap sahaja cubaan,” katanya dalam Facebook beliau SEMALAM.

Beliau merujuk dakwaan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang mengatakan Pas mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tanpa diketahui kepimpinan Bersatu.

Menurut Asyraf Wajdi, sikap itu menunjukkan wajah sebenar Pas yang sanggup menukar rakan kerjasama politik demi kelangsungan politiknya.

“Dalam diam-diam kita pun tahu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah beritahu kita Pas hantar wakil jumpa beliau, Pas hantar wakil jumpa Datuk Seri Zahid tanpa diketahui pimpinan Bersatu.

“Saya tahu siapa jumpa, sebab orang sama buat pada kami dahulu,” katanya dalam podcast Lebih Masa kelolaan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad dan pengacara Nani Roslan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN