Gagal seludup lebih 1.1 tan syabu ke Malaysia 

Gagal seludup lebih 1.1 tan syabu ke Malaysia 

PEGAWAI Polis Wilayah Sembilan menunjukkan carta organisasi rangkaian penyeludupan dadah di Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT: Pihak berkuasa Thailand mematahkan cubaan menyeludup lebih 1.1 tan metrik syabu ke Malaysia dalam dua serbuan di Tak Bai dan Songhkla, Isnin lalu.

Dalam serbuan itu, pihak berkuasa negara ini menahan lima individu yang dipercayai ahli sindiket  masing-masing berusia 34 tahun hingga 51 tahun.

Timbalan Ketua Polis Wilayah 9, Mejar Jeneral Wara Wetchaphinan berkata, selain itu pihaknya merampas lebih 1.1 tan metrik syabu, dua buah trak pikap dan enam  unit telefon bimbit.

Katanya, kejayaan itu susulan  penangkapan tiga anggota sindiket dalam beberapa operasi di Daerah Sungai Golok, Narathiwat pada Jun lalu.

“Semua suspek dipercayai berpangkalan di Wilayah Songkhla dan Samut Sakhon iaitu wilayah yang terletak kira-kira 45 kilometer dari Bangkok. Pihak berkuasa percaya sindiket berkenaan mempunyai hubungan dengan kumpulan di utara Thailand dan negara jiran (Malaysia),” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×