PENAMPANG: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbanak dan Sekolah Menengah St Micheal, di sini, menerima peruntukan khas bencana daripada Kementerian Pendidikan bagi membaiki kerosakan dialami akibat banjir baru-baru ini. Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick berkata, peruntukan itu diluluskan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang prihatin terhadap kesan musibah melanda sekolah itu. “Saya merakamkan penghargaan kepada Fadhlina atas keprihatinan meluluskan peruntukan untuk membiayai kerja baiki pulih kerosakan dua sekolah menengah itu disebabkan…