‘Doa seorang wanita mampu menggoncang dunia’ - Utusan Malaysia

‘Doa seorang wanita mampu menggoncang dunia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Zizi Kirana menyifatkan pengalamannya menyertai Women’s Boat to Gaza sebagai sebuah perjalanan jiwa yang penuh makna, bukan sekadar pelayaran merentasi lautan.

Menurut Zizi, 40, cabaran yang dihadapi daripada ombak besar, ancaman penahanan, hingga berjauhan dengan keluarga masih tetap tidak mematahkan semangatnya untuk berjuang.

“Setiap kali rasa takut datang, saya teringat wajah-wajah wanita Gaza. Mereka tetap memasak untuk keluarga walaupun dapur tiada bekalan, tetap memeluk anak walaupun rumah hancur dibom, tetap sujud walaupun masjid runtuh di sekeliling.

Mereka perempuan sama seperti saya, tapi keberanian mereka jauh lebih besar,” ujarnya dalam hantaran Instagram baru-baru ini.

Bagi Zizi, misi ini adalah simbol bahawa wanita juga mampu menjadi suara dan harapan kepada dunia.

“Saya percaya seorang perempuan mampu membawa perubahan. Doakan langkah ini sampai, doakan Palestin bebas kerana doa seorang wanita, insya-Allah, mampu menggoncang langit,” luahnya penuh harapan.

Misi Women’s Boat to Gaza itu disertai oleh kru dan peserta wanita dari pelbagai latar belakang dengan tujuan utama untuk menghantar mesej solidariti dan harapan kepada rakyat Palestin.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN