KUALA LUMPUR: DAP Selangor memberi jaminan akan meningkatkan lantikan wanita sebagai ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) sehingga melebihi 30 peratus bagi memperkukuh peranan golongan itu dalam pentadbiran negeri. Ketua Wanita DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching berkata, jaminan itu diberikan oleh Pengerusi DAP Selangor dan diyakini mampu membuka lebih banyak ruang kepada wanita dalam kepimpinan di peringkat negeri. Katanya, pencapaian itu menjadi bukti bahawa penyertaan wanita dalam politik bukan sahaja…