Calon PN Sabah diikat ketat, bebas kes rasuah

Calon PN Sabah diikat ketat, bebas kes rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Calon Perikatan Nasional (PN) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan diikat dengan syarat dan ‘aku janji’ lebih ketat berbanding sebelum ini bagi mengelak berulangnya budaya lompat parti.

Naib Pengerusi PN Sabah, Datuk Dr. Aliakbar Gulasan berkata, perkara itu penting bagi memastikan calon yang dipilih mempunyai integriti tinggi serta bebas daripada sebarang isu rasuah.

“Semua calon PN akan diikat sama ada melalui baiah atau aku janji yang ketat. Kami mahu pastikan mereka tidak terlibat de­ngan pengkhianatan politik khususnya amalan lompat parti yang kita sangat tidak suka.

“Ada beberapa parti yang diikat dengan duit juga akhirnya ada jalan keluar. Jadi kami akan teliti kaedah aku janji yang lebih ketat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut beliau berkata, jentera PN di Sabah kini bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PRN pada bila-bila masa manakala rundingan pembahagian kerusi berada pada peringkat akhir.

“Kalau dalam tempoh terde­kat semua perbincangan berhu­bung kerusi akan dimuktamadkan,” katanya.

Semalam, akhbar ini mela­porkan, spekulasi mengenai kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada September ini terus menjadi perhatian meskipun belum ada pengesahan rasmi daripada kerajaan negeri.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor membayangkan ia akan dibuat dalam masa terdekat bagi memberi laluan untuk diadakan PRN Sabah.

DUN Sabah bakal terbubar secara automatik pada 11 November ini selaras peruntukan Perlembagaan Negeri sekali gus menandakan genap lima tahun penggal semasa dan mengakhiri tempoh mandat yang diberikan rakyat PRN lalu.

Langkah membubarkan DUN dilihat perlu mengambil kira beberapa faktor termasuk kestabilan politik, strategi penyusunan semula parti dan kedudukan semasa kerajaan negeri mendorong timbulnya kemungkinan bahawa PRN diadakan lebih awal.

Semua parti yang bakal bertanding pada PRN kali ini te­lah membuat strategi lebih awal sama ada membentuk pakatan politik dengan mana-mana parti mahupun bergerak solo. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×