‘Bukan kualiti terbaik, tapi berilah peluang’ - Pengarah Abu Si Raksasa - Utusan Malaysia

‘Bukan kualiti terbaik, tapi berilah peluang’ – Pengarah Abu Si Raksasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah dan penulis skrip filem Abu Si Raksasa, Ramdan Che Hassan berharap masyarakat tidak cepat menghukum karya seni hanya berdasarkan kritikan awal atau persepsi luaran sebelum menontonnya sendiri.

Jelas Ramdan, pihaknya percaya filem ini menjadi bualan di media sosial bukan sahaja kerana kritikan tapi juga kerana berani menampilkan filem dengan genre sedia ada.

“Pesan saya kepada yang mengkritik dan belum menonton, tiada yang dipanggil bad publicity

“Kami sedar filem ini jadi buah mulut bukan kerana kualiti semata-mata, tetapi disebabkan genre yang agak baru di Malaysia. Ia bukan terbaik dari segi kualiti produksi, tetapi kami harap penonton beri peluang untuk memahami cerita yang ingin kami sampaikan,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ramdan juga menekankan bahawa filem Abu Si Raksasa bukankah naskhah kosong sebaliknya satu usaha untuk menggambarkan budaya toksik yang wujud dalam masyarakat.

“Kalau anda lihat intipatinya, cerita ini mengisahkan bagaimana toksik terjadi dalam pelbagai bentuk sama ada masyarakat, hubungan cinta, media sosial dan bagaimana ada pihak yang ambil kesempatan untuk menunggang isu.

“Segala bentuk toksik itu saya terjemahkan dalam watak Abu, yang secara fizikalnya hodoh dan buruk. Ia sebuah gambaran kepada kesan yang ditinggalkan oleh toksik yang kita alami dalam hidup seharian,” katanya.

Terdahulu, teaser filem Abu Si Raksasa yang dimuat naik menerusi TikTok menerima kecaman daripada warganet yang mengkritik teknik Imej Janaan Komputer (CGI) yang digunakan dalam filem itu. 

Malah, ada juga yang berpendapat filem itu tidak wajar ditayangkan di pawagam.

Filem tersebut mengisahkan seekor cicak salamander belaan Zaara diberi nama Abu yang bermutasi disebabkan pencemaran bahan kimia daripada pencuci jamban berjenama ROXCCID di sebuah empangan dan bakal ditayangkan bermula 11 September. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN