KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak menolak kemungkinan berkerjasama dengan bekas musuh politik sekiranya langkah itu mampu memberi nilai tambah kepada parti dan Perikatan Nasional (PN) dalam menjamin kestabilan politik negara. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, segala bentuk kerjasama boleh dipertimbangkan asalkan berlandaskan prinsip, kejujuran dan matlamat membawa kebaikan kepada rakyat. “Dalam politik, apa sahaja mungkin berlaku. Tidak ada yang kekal. Asalkan kerjasama itu memberi manfaat…