PETALING JAYA: Parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) mempunyai hak yang sama untuk mengusulkan calon Perdana Menteri masing-masing menerusi kepimpinan tertinggi parti mereka. Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, usul seumpama itu seharusnya dibuat secara rasmi dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) atau muktamar parti kerana ia lebih sahih berbanding sekadar kenyataan media atau saluran lain. “Seperti Bersatu, parti lain juga boleh membawa usul…