MELAKA: Demi mengharumkan nama negara, 16 penerjun bersemangat menjayakan Ekspedisi Terjun Bebas Kutub Utara bersama sebuah Proton Wira pada 18 April 1998 dan pengalaman itu kekal terpahat sebagai peristiwa paling bermakna dalam hidup mereka. Salah seorang daripada 16 penerjun yang terpilih menyertai ekspedisi tersebut, Kapten (B) Mohd. Noorizan Mohd. Yunos, 66, berkata, walaupun sudah 27 tahun berlalu, pengalaman terjun di Kutub Utara dengan suhu -28 darjah Celcius di bawah paras…