Bateriku sasar 100,000 unit bateri Astra setiap bulan - Utusan Malaysia

Bateriku sasar 100,000 unit bateri Astra setiap bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengeluar bateri automotif tempatan, Bateriku (M) Sdn. Bhd. (Bateriku) menyasarkan jualan sehingga 100,000 unit sebulan bagi bateri automotif Astra yang baru dilancarkan awal Ogos lalu.

Astra adalah jenama bateri pertama di Malaysia yang mendapat pensijilan SIRIM dan piawaian antarabangsa IEC 60095 untuk semua 28 ‘Stock Keeping Unit’ (SKU).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azarol Faizi Zakaria Ansari berkata, pihaknya yakin mampu mencapai angka itu melalui perkongsian bersama pengendali bengkel atau penyedia perkhidmatan penyenggaraan dan pembaikan kenderaan.

Menurutnya, perkongsian itu perlu dilakukan sebagai langkah agresif meningkatkan jualan berbanding membangunkan jurujual sendiri yang mengambil jangka masa yang lama.

“Kami menerima maklum balas amat menggalakkan terhadap bateri Astra apabila pengendali bengkel ramai bertanya bagaimana mendapatkan bateri ini selepas mendapati kebanyakan pelanggan mereka menggunakan produk itu.

“Melihat kepada permintaan berkenaan ia mendorong kami untuk menghantar lebih banyak bateri Astra ke bengkel yang menjadi rakan kongsi kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran acara permotoran MotorManiac ke-4 anjuran Bateriku di Bateriku Garage, di sini hari ini.

Azarol Faizi berkata, perkongsian bersama pengendali bengkel juga mengembangkan lagi rangkaian pelanggan bateri Astra berikutan pengendali bengkel memiliki ramai pelanggan tetap.

“Sehingga kini, bateri Astra mencatat jualan kira-kira 50,000 unit sebulan dan untuk suku akhir tahun ini kita jangka peningkatan kepada 60,000 unit.

“Sehubungan itu, kami berhasrat menambah lebih banyak perkongsian dengan pengendali bengkel lain yang menawarkan perkhidmatan yang relevan dengan produk kami,”ujarnya.

Mengulas mengenai MotorManiac ke-4, Azarol Faizi berkata, acara itu dijadualkan berlangsung pada 6 September ini di MyTown, Kuala Lumpur, dan dijangka menjadi penganjuran terbesar apabila menghimpunkan lebih 600 kereta modifikasi pelbagai kategori terdiri kereta tempatan, JDM, Continental dan Supercar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN