KUALA LUMPUR: ASEAN terus mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan dagangan utama China, dengan nilai perdagangan dua hala mencapai AS$772.2 bilion (RM3.24 trilion) pada 2024, mencerminkan kerjasama erat dan saling menguntungkan antara kedua-dua pihak. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ASEAN kekal komited sepenuhnya untuk terus memperkukuh hubungan ini melalui pelaksanaan berkesan perjanjian utama. Katanya, ini termasuk Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN–China (ACFTA), Perkongsian Ekonomi…