AS ucap tahniah Hari Kebangsaan Ke-68, harap hubungan diperkukuh - Utusan Malaysia

AS ucap tahniah Hari Kebangsaan Ke-68, harap hubungan diperkukuh

MARCO RUBIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hubungan kerjasama Amerika Syarikat (AS) dengan Malaysia terus diperkukuh sejak beberapa dekad lalu dengan bersandar kepada nilai keamanan, keselamatan dan kemakmuran. 

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio berkata, kerjasama itu dapat dilihat menerusi usaha bersama dalam memastikan  gencatan senjata berkekalan antara Thailand dan Kemboja, 

Beliau mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas sambutan Hari Kebangsaan Ke-68. 

“Bagi pihak AS, saya menyampaikan ucapan tahniah yang tulus ikhlas kepada rakyat Malaysia sempena ulang tahun kemerdekaan ke-68 Malaysia pada 31 Ogos.

“Saya berharap hubungan dua hala dapat diperkukuh ketika kita merangka masa depan yang lebih cerah untuk kedua-dua negara. Saya mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia melalui tahun mendatang dengan penuh kemakmuran,” kata Rubio dalam perutusan yang dimuat naik di platform Facebook Kedutaan AS di Kuala Lumpur, hari ini.

Rubio melawat Malaysia pada Julai lalu bagi menghadiri beberapa mesyuarat berkaitan ASEAN.

Dalam lawatan itu, Rubio turut mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta rakan sejawat serantau dengan perbincangan turut tertumpu kepada pengukuhan kerjasama Indo-Pasifik dan peningkatan kolaborasi ekonomi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN