Pada 1 Julai 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tun Abdul Razak berikrar akan menjaga keutuhan dan perpaduan UMNO selagi beliau diberi kuasa menjadi pemimpinnya.
Beliau turut memberi amaran bahawa, “Saya juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang hendak memecahbelahkan UMNO sama ada untuk kepentingan sendiri atau golongan tertentu”.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 1 Julai 1976 – Kerajaan sedang mengkaji untuk menguatkuasakan undang-undang pemakaian tali pinggang keledar ke atas pemandu serta penumpang kereta.
- 1 Julai 1977 – Akhbar bulanan milik UMNO ‘Suara Bersatu’ diterbitkan secara rasmi dan dijual dengan harga 30 sen senaskah.
- 1 Julai 1978 – Parti Rakyat Brunei (PRB) mengalu-alukan keputusan Kerajaan British memberi kemerdekaan kepada Brunei dalam tahun 1983, tetapi melahirkan rasa kecewa kerana tarikh itu terlalu lambat.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]










