KANGAR: Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri ini direman tujuh hari bermula hari ini sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan melibatkan kes salah guna kuasa dan jawatan. Majistret Ana Rozana Mohd Nor mengeluarkan perintah reman itu selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Menurut sumber, suspek berusia 49 tahun itu ditahan selepas dipercayai menyalahgunakan kuasa dengan meminta…