SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) memohon kepada Pakatan Harapan (PH) agar diberi peluang bertanding lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Naib Presiden Amanah, Adly Zahari berkata, permohonan itu dibuat setelah melakukan perbincangan dengan kepimpinan PH, Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). “Buat masa ini, Amanah mohon lima kerusi, namun jumlah muktamad (berapa yang Amanah bertanding) akan diputuskan selepas rundingan terakhir bersama…