KOTA BHARU: Seorang mudir pondok pengajian agama di Kelantan yang dikenali sebagai Abuya bakal berdepan enam lagi pertuduhan berkaitan jenayah seksual terhadap remaja lelaki dalam masa terdekat. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, suspek yang berusia 46 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen sebaik sahaja siasatan dan proses pendakwaan dilengkapkan. Katanya, polis menahan semula suspek setelah menerima aduan baharu daripada seorang lagi mangsa lain yang berusia belasan…