53 institusi pendidikan terjejas banjir di Sabah, Sarawak

53 institusi pendidikan terjejas banjir di Sabah, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak kini giat menyalurkan bantuan kecemasan kepada semua institusi pendidikan yang terjejas akibat bencana banjir.

KPM menerusi berkata, setakat pukul 8 pagi tadi, sebanyak 53 institusi pendidikan di Sabah dan Sarawak dilaporkan terkesan dengan bencana tersebut.

“Ia membabitkan 24 sekolah rendah dan lima sekolah menengah di Sabah, manakala 22 sekolah rendah serta dua sekolah menengah di Sarawak.

“Selain itu, enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) turut beroperasi di premis pendidikan KPM iaitu lima di Sabah dan satu di Sarawak bagi menempatkan mangsa banjir,” katanya.

KPM berkata, pemantauan berterusan sedang dilaksanakan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan berada pada tahap optimum selain menjamin keselamatan murid, guru serta seluruh warga pendidikan.

Katanya, langkah itu juga bagi memastikan operasi persekolahan di institusi yang terjejas dapat dipulihkan dengan segera selepas keadaan mengizinkan.

“Pada masa sama, KPM turut menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga empat murid yang terkorban dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di beberapa kawasan di Sabah.

“Semoga seluruh keluarga mangsa diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini,” kata kenyataan itu. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN