KOTA BHARU: Sebanyak 153 daripada 212 jeti pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula dari Pengkalan Kubor hingga Rantau Panjang, dekat sini dirobohkan bermula pertengahan bulan depan. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, kerja-kerja itu membabitkan jeti pengkalan haram yang dikenal pasti didirikan di atas tanah kerajaan manakala jeti haram di kawasan tanah persendirian diteliti oleh pihak berkuasa tempatan kerana ia di bawah bidang kuasa mereka. “Pada asasnya,…