Wanita parah dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Wanita parah dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

KEADAAN kemalangan di Batu 9 Jalan Apas, Tawau, Sabah, semalam-GAMBAR/ IHSAN IPD TAWAU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Seorang wanita berusia 41 tahun cedera parah selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan yang berlaku di Batu 9, Jalan Apas di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada 7.55 malam apabila sebuah kereta Perodua Alza dipandu seorang lelaki berumur 39 tahun dalam perjalanan dari Taman Ria 11 menuju ke Lapangan Terbang Tawau.

“Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan tersebut dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan suspek yang dalam keadaan pengaruh alkohol.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pelanggaran itu menyebabkan suspek hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dan melanggar mangsa yang sedang berlari bersama beberapa rakannya dari arah Bandar Sri Indah menuju T2, Jalan Apas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa kini berada dalam keadaan kritikal manakala kedua-dua pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, siasatan awal juga mendapati pemandu Toyota Hilux iaitu seorang lelaki berusia 57 tahun disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

ADS:D

“Suspek telah ditahan untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kecederaan parah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN