Lelaki mabuk berparang tepi jalan dicekup - Utusan Malaysia

Lelaki mabuk berparang tepi jalan dicekup

Lelaki mabuk
TANGKAP layar daripada potongan video tular dalam media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki dipercayai sedang mabuk sambil membawa parang mengganggu pengguna jalan raya di Jalan Kampung Morib, Banting di Kuala Langat, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Perbuatan seorang lelaki dipercayai mabuk sambil membawa parang di tepi Jalan Kampung Morib, Banting di sini, memakan diri apabila dicekup polis semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, kejadian itu dikesan tular menerusi Facebook memaparkan suspek berusia 31 tahun memegang parang panjang sambil mundar mandir di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai dalam keadaan mabuk ketika kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek yang juga buruh ladang bertindak demikian dipercayai akibat masalah rumah tangga,” katanya kepada pemberita.

Tambah beliau, suspek diberkas anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di kawasan Morib, Banting.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. 

ADS:D

“Kes itu masih dalam siasatan dan orang awam diingatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN