TUDM perlu kekal angkatan disegani serantau - Anwar

TUDM perlu kekal angkatan disegani serantau – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kekal sebagai sebuah angkatan yang disegani di peringkat serantau di bawah kepimpinan Panglima baharu.

Anwar berkata, perkara itu disampaikan ketika menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

“Saya turut menitipkan pesan supaya TUDM kekal menjadi sebuah angkatan yang disegani di peringkat serantau sepanjang beliau memikul amanah untuk memimpin pasukan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut Perdana Menteri, pertemuan itu memberi ruang untuk membincangkan tahap kesiapsiagaan pertahanan udara negara termasuk agenda pemodenan aset strategik dan usaha memperkukuh keupayaan teknologi dalam sistem pertahanan negara yang semakin canggih.

Tegas beliau, kerajaan Madani akan terus memberi perhatian dan sokongan terhadap usaha memperkukuh keselamatan serta mempertahankan kedaulatan negara.

“Kerajaan komited memastikan keupayaan angkatan tentera sentiasa berada pada tahap terbaik demi menjaga keamanan dan kestabilan tanah air tercinta,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN