Sultan Ibrahim tiba di Kazan

Sultan Ibrahim tiba di Kazan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini selamat tiba di Kazan, ibu negeri Republik Tatarstan, bagi meneruskan rangka Lawatan Negara ke Persekutuan Russia.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Seri Paduka Baginda, pesawat khas membawa Sultan Ibrahim mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kazan pada pukul 10.15 pagi waktu tempatan.

Mengiringi keberangkatan ialah Menteri Pertahanan merangkap Menteri Pengiring, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Duta Besar Malaysia ke Russia, Datuk Cheong Loon Lai.

Ketibaan Seri Paduka Baginda disambut mesra Presiden Tatarstan, Rustam Minnikhanov; Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Industri dan Perdagangan Tatarstan, Oleg Korobchenko; serta Duta Russia ke Malaysia, Nail Latypov.

Republik Tatarstan merupakan sebuah republik autonomi dalam Persekutuan Russia dengan majoriti penduduk beragama Islam.

Lawatan ini mencatat sejarah apabila Sultan Ibrahim menjadi Ketua Negara Malaysia pertama mengadakan Lawatan Negara ke Russia sejak hubungan diplomatik terjalin pada 1967.

Lawatan Negara Seri Paduka Baginda ke Russia bermula pada 5 Ogos lalu atas undangan Presiden Russia, Vladimir Putin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN