Sultan Brunei mulakan Lawatan Negara ke Malaysia 

Sultan Brunei mulakan Lawatan Negara ke Malaysia 

SULTAN HASSANAL BOLKIAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berangkat tiba bagi memulakan Lawatan Negara atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Pesawat khas yang membawa baginda mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang) kira-kira pukul 3 petang.

Mengiringi keberangkatan Sultan Brunei ialah Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Sultan Hassanal Bolkiah dijadualkan menerima sambutan negara di Istana Negara esok dan kemudian menghadiri majlis santapan negara yang dihoskan Yang di-Pertuan Agong bagi meraikan keberangkatan baginda bersama delegasi Brunei.

Lawatan negara hingga Khamis itu akan disusuli dengan Rundingan Pemimpin Tahunan Malaysia-Brunei ke-26. 

Semalam, Wisma Putra berkata,  Sultan Brunei mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 27 Ogos, sempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-26.

Rundingan itu merupakan mekanisme dua hala tertinggi antara Malaysia dan Brunei memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin menilai kemajuan kerjasama, membincangkan isu tertunggak dan bertukar pandangan mengenai isu serantau serta antarabangsa berkepentingan bersama.

Menurut Wisma Putra, lawatan negara dan rundingan tahunan tersebut mencerminkan hubungan istimewa antara kedua-dua negara yang telah terjalin sekian lama.

Katanya, ia juga bertujuan memperkukuh usaha bersama dalam mempertingkatkan kerjasama strategik demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN