MUKADIMAH SENI pembuatan wau yang dahulunya menjadi lambang jati diri dan kreativiti masyarakat Melayu kian terhakis, ditelan arus pemodenan dan sikap acuh tak acuh generasi muda terhadap warisan budaya sendiri. Walaupun wau mempunyai kepelbagaian bentuk, corak dan nilai simbolik mengikut negeri, kelangsungan tradisi ini bergantung kepada usaha segelintir individu yang berjuang dalam senyap tanpa sokongan sistematik yang kukuh. PERMAINAN wau tradisional menjadi hobi untuk mengisi masa di kalangan penduduk kampung…